anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 25, 2013

KISAH NYA


Who am i?


After for a long time.... ceh ceh... ber ‘speaking’ pulak... okey2..
Camni.. aku just nak bercerita siapa aku yang sebenarnya.. anak raja ke? Artis ke? No no...
Aku adalah insan yang terpilih.. senyum J.. k la... aku Cuma sekadar nak berkongsi cerita mengenai diri aku.. memandangkan nie musim terbaik? Bukan lah.. kan nie result exam spm kuar so aku nak cerita lah...

Aku pun bukanlah sebijak yang disangka dan tidak sebodoh yang difikirkan. 3 tahun yang lepas pada 11 mac 201o, result SPM diumumkan dan seperti biasa parents aku terlebih dahulu mengetahui nya dan seperti biasa aku tak seperti yang lain.aku tak pernah mendengar ucapan TAHNIAH dalam hidup aku.. hanya mendapat 4A 3C 3D.. namun aku masih bersemangat meneruskan perjuangan hidup aku.. Dulu aku pernah bercita2 menyambung dalam bidang nursing tapi mendapat tentangan hebat dari emak aku.dah banyak tawaran aku dapat tapi semua nya kolej swasta keluarga aku tak mampu menanggung pelajaran aku sehingga itu.sehingga lah ad org menawarkan masuk ke kolej.aku senyap2 mengisi borang dan membayar wang pendahuluan tanpa diketahui sesiapa pun.dan permohonan UPU ak gagal mendapat tempat. I feel down..depressed..sad...ak fikir aku lah paling hina kerana tak dapat melanjutkan pelajaran..terasa diri terhina sedangkan kawan2 yang lain semua ada yang dapat ke matrikulasi dan universiti.. AK??
 Namun,doa ibubapa lagi makbul sehinggalah ada org yang menolong aku.. katanya demi anak melayu..anak bangsa sendiri....aku pun terimalah dengan harapan yang tinggi menggunung.. EN.R menolong ku dari awal hingga akhir.. nak tau aku dapat sambung dalam bidang ape?
PRA DIPLOMA SAINS.. nak malu?? Tak.. aku sangat bangga dengan diri aku kerana bertuah kerana terpilih..biarkan pun mengambil sedikit masa berbanding dengan sahabat yang lain aku sedikit pun sudah lali dengan penghinaan itu.. aku bangga dengan diri aku.. selama 2 semester aku menyambung dalam pra diploma di uitm penang.


Moral:
Jangan lah disangka hidup kita tak seindah hidup orang lain... kerana ketahui lah.. hidup kita telah ditetapkan sempurna oleh Nya.
Pesanan ikhlas:
Janganlah rasa terhina kerana kebodohan mu dan jangan lah riak dengan kebijaksanaan mu..

No comments: